Khamis, 31 Oktober 2013

PERKHEMAHAN PRA SEKOLAH SKAHTI

   Perkhemahan murid PRA Sekolah, SK Ayer Hitam, telah diadakan pada Hari Jumaat 1hb November 2013.
      Perkhemahan ini diadakan mulai jam 9.00 pagi dan berakhir jam 11.00 pagi. Perkhemahan ini diadakan untuk memberi peluang kepada murid PRA Sekolah merasai suasana perkhemahan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah memasang khemah dan memasak burger. 
     Perkhemahan ini dipimpin oleh Pn. Zalela Bt. Mohd Yusof, Pn. Nazirah Bt. Shaari dibantu oleh Pn.Nor Hazizan Bt. Mohamad Rashid dan Cik Norhalizah Bt. Shamsuddin.

Khemah di pasang di hadapan bangunan
Pra Sekolah, SK Ayer Hitam,

Cikgu Zalela sedang menerangkan cara memasak burger .

Buat betul-betul ye

Murid cuba menyapu mentega pada roti burger

Murid Pra sabar menunggu giliran

Cikgu Nazirah menunjuk cara menyapu mentega pada roti burger.

Murid begitu teruja melihat cikgu Zalela memasak burger.

Tambah kapsyen

Bila boleh makan ni, hehehe

Cik Norhalizah menunjuk cara memasak burger.

Pn. Nor Hazizan tidak ketinggalan  menunjukkan bakat memasak kepada murid.



Khamis, 17 Oktober 2013

LATIHAN PENGGUNAAN VLE

     Latihan penggunaan Virtual Learning Environment (VLE) telah di adakan di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Langkap. Latihan ini telah diadakan pada hari Khamis, 17. 10. 2013 mulai jam 2.00 petang hingga jam 5.00 petang. 
     Latihan ini adalah anjuran Jabatan Pendidikan Perak bersama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak. Setiap sekolah dari Zon 1, menghantar 2 orang murid dan seorang guru pengiring. S.K. Ayer telah menghantar adik Nurul Umairah Bt. Maswari dan Alia Maisara Bt. Roslan serta diiringi oleh Cikgu Shuhaimi. Latihan ini dijalankan di bawah bimbingan En. Azizi B. Khairul Annuar dan En. Roslan B. Aziz sebagai jurulatih.


En. Azizi dan En. Roslan sebagai Jurulatih VLE
Murid menyemak tugasan yang diberikan oleh jurulatih


Murid sedang melayari VLE bersama guru pengiring masing-masing.

Nurul Umairah, Alia Maisara dan Cikgu Shuhaimi
Nurul Umairah dan Alia Maisara sedang
menjawab soalan  yang dijalankan secara online.

Rabu, 16 Oktober 2013

LADAP - SARANA

           Ladap berkaitan Sarana Ibu bapa dan Sarana Sekolah telah dijalankan di makmal komputer SKAHTI , pada hari Rabu, 16. 10. 2013, mulai jam 1.30 petang.  Ladap telah disampaikan oleh Cikgu Shuhaimi B. Shoib kepada guru dan staf sokongan sekolah.

                           

                           

                           

     
Perlaksanaan SARANA adalah di bawah anjakan
 9 Pelan Pembangunam Pendidikan Malaysia 2013 - 2025
                             
     



Cikgu Shuhaimi sedang menerangkan tentang SARANA
kepada guru dan staf sokongan SK Ayer Hitam.





Guru melayari SARANA secara online menggunakan chromebook.

Guru kelihatan amat berminat dengan maklumat 
berkaitan SARANA secara online.

                           

Isnin, 7 Oktober 2013

LADAP - PBPPP

     Guru Besar, SK Ayer Hitam, En. Dzulkifli B. Abdul Rahman telah mengadakan LADAP - Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)  kepada guru-guru SK Ayer Hitam. LADAP ini dijalan pada Hari Isnin 7.10.2013, mula jam 1.30 petang hingga 3.30 petang. Ladap yang dirancang akan diadakan pada hari Selasa terpaksa diawalkan kerana beberapa orang guru terlibat dengan pemeriksaan kertas jawapan UPSR.

En. Dzulkifli menerangkan LADAP yang bakal dijalankannya.

Ladap ini dijalankan di PSS sekolah









JOHAN, LAGI

      SK Ayer Hitam masih lagi mengekalkan kehebatan dibidang sukan. Pasukan 4 X 100 meter lelaki dan perempuan berjaya menjadi johan dalam acara jemputan antara sekolah di temasya sukan SJKC Wah Keow pada hari Sabtu, 5 Oktober 2013 yang lalu.
Tahniah.

PK Pentadbiran, Pn. Hjh. Zalina Bt. Omar Baki,
menyampaikan medal kepada pelari 4 X 100 meter.

PK Kokurikulum, Pn. Siti Norhawati Bt. Ramli,
menyampaikan medal kepada pelari 4 X 100 meter perempuan.

Pasukan 4 X 100 meter, iaitu Mohd. Hasrul B. Arshad, Ahmad Akmal B. Ahmadaib,
Mohd Aiman B. Ramlan dan Mohd Farhan B. Haslam

Pasukan 4 X 100 meter perempuan,  Nurhidayu Bt. Samsudin, Nur Natasya Balqis,
Nurghanisah Bt. Muhamad dan Dian

Sabtu, 5 Oktober 2013

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM






      Unit Beruniform SKAHTI telah mengadakan Hari Perkhemahan selama dua hari satu malam di padang sekolah. Seramai 80 orang murid telah mendaftar untuk mengikuti perkhemahan ini., bermula dari 4.10.2013 hingga 5.10.2013. Pelbagai aktiviti telah dijalankan telah memberi pengalaman amat berguna kepada murid yang menyertai perkhemahan ini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah:-
1 - Mendirikan khemah
2 - Simpulan dan ikatan
3 - Malam kebudayaan ( tema : cerita P. Ramlee ) 
4 - Memasak
5 - Orentering ( kemahiran menggunakan kompas )
6 - Flint & steel ( menghidupkan api )
7 - Pangsuh ( masak ayam dalam buluh )
8 - Kawad kaki.




Murid mendirikan khemah


Khemah yang telah siap dipasang

Jom, kita masuk dalam khemah,
                                  
Aktiviti membuat gajet

Gajet yang hampir siap

Kerjasama menyiapkan gajet

Antara gejet yang berjaya disiapkan

Pengacara persembahan malam kebudayaan Ustaz Kusyairi

Guru besar turut hadir menyaksikan aktiviti malam kebudayaan
                                          
Murid menyaksikan aktiviti malam kebudayaan

Aktiviti senaman pagi

Senaman pagi dipimpin oleh Pn. Eza dan Pn. Nazirah

Jom, kita bersenam

Minum pagi di kantin

Aktiviti kawad kaki

Murid menggunakan kaedah "flint & steel" untuk menyalakan api


Ha, api berjaya dinyalakan

Cikgu Wafdi memberi taklimat

Menyediakan bahan untuk  memasak










Aktiviti pertandingan memasak

Aktiviti memasak ayam cara Pangsuh

Ustaz Shahril, pakar mengawal buluh.
Cikgu Mohamad Shafie, pakar mengawal asap

Cikgu Shuhaimi, pakar mengawal api
                           
Cikgu Mohamad Zulkhairi, pakar membelah buluh

Murid mendapat pengalaman baru memasak ayam
menggunakan kaedah Pangsuh

Ayam yang telah dimasak menggunakan cara Pangsuh

Emmm, sedapnya

PK Kokurikulum, Pn. Siti Norhawati, memberi ucapan sempena
majlis penutup Hari Perkhemahan.

Murid mendengar ucapan Pn. Siti

Antara hadiah yang disediakan

Ustaz Shahril menyampaikan hadiah kepada pemenang
acara yang dijalankan.

Khemah dibuka semula setelah tamat aktiviti

Setiap ahli kumpulan membantu menyimpan khemah.

Dah hampir siap.