Ahad, 19 Mei 2013

SELAMAT HARI GURU, CIKGU


          Sambutan Hari Guru 2013 telah diadakan pada 16 Mei 2013.Pelbagai acara telah diadakan bagi memeriahkan sambutan tersebut. Tema sambutan Hari Guru pada tahun ini ialah  Guru Malaysia : Satu Aspirasi Satu Agenda.


Muhammad Aiman Asraf menyampaikan ucapan
Selamat Hari Guru mewakili murid Sek. Keb. Ayer Hitam sempena Sambutan Hari Guru 2013.

Murid mendengar ucapan wakil murid.

Murid SK Ayer Hitam mendengar ucapan yang
disampaikan oleh guru besar.

Guru Besar SK Ayer Hitam, En. Dzulkifli B. Abdul Rahman membacakan perutusan sempena Sambutan Hari Guru 2013.

Persembahan guru SK Ayer Hitam

Ikrar guru SK Ayer Hitam, 
dipimpin oleh En. Khairudin B. Nasri, PK HEM

Nyanyian Lagu Terima Kasih Cikgu oleh pelajar 
SK Ayer Hitam, sempena sambutan Hari Guru 2013


Kaulah permata...... bersinar bercahaya......

Ahad, 12 Mei 2013

PENANTIAN BERAKHIR


Sekalung penghargaan diucapkan kepada Pasukan Hoki Perempuan Bawah 12 Tahun Hilir Perak, kerana telah menjadi Johan peringkat negeri tahun 2013. Perlawanan yang diadakan di Stadium Hoki, Sultan Azlan Shah telah menamatkan penantian selama 10 tahun.
 Perlawanan akhir yang penuh debaran antara Daerah Hilir Perak dan Daerah Kuala Kangsar telah berakhir dengan pukulan penalti apabila tamat masa perlawanan keputusan seri satu sama. Alhamdulillah keputusan akhir berkesudahan Pasukan Hoki Hilir Perak berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan 3 – 2.
Seramai 9 orang  pelajar SK Ayer Hitam terpilih mewakili pasukan hoki Daerah Hilir Perak. Pelajar SK Ayer Hitam yang terpilih ialah Nur Hidayu , Dian Nursyakira Najwa Al Wadqa , Nur Natasha Balqis, Nabila Irdina, Nur Ghanisah, Nurul Farahin, Nurul Nabila, Nursuhada  dan Siti Khalijah. 
Jurulatih yang terlibat sepenuhnya dalam melatih pasukan hoki dari SK Ayer Hitam ialah Cikgu Wafdi B. Mohd Ramli. Tahniah cikgu.

PK Pentadbiran, Pn. Hjh. Zalina Bt. Omar Baki
mengalungkan medal kepada pemain hoki SK Ayer Hitam.



Dari kiri - Nurul Nabila, Nursuhada, Natasya Balqis, 
               Dian Nur Syakira Najwa Al Waqda, Nurhidayu, 
                            Nur Ghanisah , Siti Khalijah

Khamis, 9 Mei 2013

KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI 2013


     Karnival Pendidikan Sains Dan Teknologi, peringkat Daerah Hilir Perak telah diadakan  pada 27 April 2013. Pelbagai acara diadakan bagi memeriahkan karnival tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan untuk sekolah menengah ialah Inovasi Sains dan Kejuruteraan, Amali Sains( Saintis Muda), Teknologi Pelancaran Roket, Kereta Solar, Dapur Solar dan Bot Solar. Bagi aktiviti sekolah rendah pula ialah Amali Sains(Saintis Muda). EUREKA, Berceritan Sains Dalam Bahasa Inggeris dan Pameran Robotik.
     Majlis penutupan karnival ini telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Zainal Abiddin Bin Osman, AMN, AMP. Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak.
     Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam telah dipertanggungjawabkan mengelola Pertandingan Amali Sains Sekolah Rendah ( Saintis Muda).


                  Pertandingan Amali Sains (Saintis Muda) 
                                      

Guru SK Ayer Hitam yang terlibat mengelolakan
Program Amali Sains Sekolah Rendah ( Saintis Muda )


Pertandingan Bot Solar - Sekolah Menengah

Pertandingan EUREKA - Sekolah Rendah

Penyampaian sijil penyertaan
Amali Sains Sekolah Rendah


                                           Pertandingan Bot Solar 



                                          Pertandingan Roket Air,