Isnin, 30 September 2013

TETAP DIKENANG

Majlis pertukaran Cikgu Mustafa Kamal B. Munei, sempena kenaikan pangkat sebagai PK HEM, di SK Kampung Baru, 
Sungai Sumun. Tahniah diucapkan.


Barisan pemimpin SK Ayer Hitam bersama Cikgu Mustafa.

Pengacara Majlis, Pn. Zalela Bt. Mohd Yusof.
                     
Bacaan doa oleh Ustaz Shahril B. Nahari

Ucapan Pengerusi Kelab Staf SK Ayer Hitam,
En, Mohamad Shafie B. Abd Rani.

Ucapan En. Mustafa Kamal B. Munei.

Ucapan Guru Besar, En. Dzulkifli B. Abd Rahman.



Persembahan murid




Pengerusi PIBG, En. Sapari B. Sadikin, turut hadir  meraikan majlis.






Persembahan Murid Tahun 6


Isnin, 23 September 2013

LADAP - CHROMEBOOK

     Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) untuk guru-guru SK Ayer Hitam telah diadakan pada hari Isnin, 23.09.2013 mula jam 1.45 petang. LADAP ini adalah untuk melatih guru-guru menggunakan Chromebook yang baru diterima oleh pihak sekolah.     LADAP yang dijalankan adalah menggunakan program 1Bestarinet iaitu Frog VLE. Latihan ini telah dijalankan oleh Guru Bestari SK Ayer Hitam, iaitu En. Shuhaimi B. Shoib, dibantu oleh En. Saiful Nizam B. Abu Bakar, Juruteknik Komputer SK Ayer Hitam. 
     Guru-guru telah menunjukkan minat yang mendalam semasa aktiviti ini dijalankan. Tuan Guru Besar, En. Dzulkifli B. Abdul Rahman  telah sudi hadir semasa latihan ini dijalankan.

Chromebook disimpan di dalam kabinet khas yang dibekalkan.

Guru Besar diberi penerangan oleh Wakil dari PKG Langkap dan Juruteknik YES.

Guru tekun cuba menggunakan chromebook 







Masing-masing sibuk meneroka Frog VLE



Antara Dashboard yang berjaya dihasilkan menggunakan Frog VLE

Rabu, 18 September 2013

IKATAN DAN SIMPULAN

PENGENALAN IKATAN DAN SIMPULAN

DEFINISI
            Terdapat 3 definisi yang biasa tentang simpulan dan ikatan  iaitu simpulan (knotting), ikatan (lashing), dan mematikan hujung tali (whipping).

SIMPULAN
            Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Ianya digunakan pada benda-benda yang kecil dan sederhana. Simpulan digunakan pada setiap tempat dan masa seperti di rumah, di hospital, mengikat kasut, bungkusan dan memulakan jahitan.

Contoh-contoh simpulan ialah:-

1.      buku sila.
2.      tindih kasih.
3.      simpul himpit.
4.      lilit dua simpul.
5.      simpul pemukat.

Ikatan

           Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk membuat jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya. Kebiasaannya dalam kegiatan berpengangkap dan kepanduan beberapa ikatan digunakan seperti ikat seraya, ikat serong, ikat silang gunting dan lilit balak.

Mematikan hujung tali
            Mematikan hujung tali ini perlu supaya tali tidak terburai dihujungnya. Kebiasaannya hujung tali dimatikan dengan lilit pemati biasa dan lilit pemati selit.

IKATAN BUKU SILA
            Ikatan Buku Sila digunakan untuk mengikat kain pembalut atau kain anduh, menyambung tali yang sama besar saiznya dan boleh digunakan untuk mematikan sebarang ikatan. Ikatan ini direka agar kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula.

Fungsi
Untuk menyambung 2 tali yang sama saiz.
Untuk Mengikat pembalut segi tiga semasa pertolongan cemas.

Teknik
  i.        Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain.
  ii.     Masukkan hujung A dibawah B.
  iii.   Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawah.

                                   


SIMPULAN TINDIH KASIH

    Simpulan Tindih Kasih digunakan untuk membuat gegelung tali yang tidak terjerut atau mengikat leher binatang supaya tidak terjerut. Jenis ikatan ini juga boleh digunakan dalam kerja-kerja menyelamat seperti menyelamatkan mangsa yang terjatuh ke dalam sungai.

Fungsi

Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.
Untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badan mangsa.

Teknik
 i.       Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan.
ii.    Kemudian, masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut.
iii. Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan kembali ke dalam bulatan tersebut.

                                   


Aktiviti Ikatan dan Simpulan di jalankan pada waktu Kokurikulum S.K. Ayer Hitam pada hari Rabu, 18. 9. 2013 dari jam 2.00 petang hingga 3.15 petang.  Guru dan murid Tahun 4 hingga Tahun 6 terlibat dalam aktiviti ini.
  

Cikgu Shuhaimi menunjuk cara ikatan menggunakan tali
Murid mendengar penerangan dari guru

Ustaz Shahril dan Ustaz Khusyairi membimbing murid 

Ha, lihat ni, buat macam ni

PK Ko, Pn. Siti Norhawati

Cikgu buat dulu, baru tunjukkan pada murid

Camni, kata Ustazah Zailani.

Lihat cikgu buat, kata Cikgu Nor Azira

Dah boleh buat, baru boleh tunjukkan pada murid.

Lihat ni, kata Ustaz Khusyairi

Buat macam ni, kata Cikgu Siti Norhawati

Susahnya nak buat

Macam ni ke, ustaz

Ha, tengok ni, kata Cikgu Nor Azira

Jumaat, 13 September 2013

MERDEKA !!!!!


Pertandingan Basikal Berhias

Nak ke mana tu Cikgu Din

Merdeka

Kami anak Merdeka

Peserta pertandingan Basikal Berhias

Pemenang pertandingan Basikal Berhias bersama PK Ko, Pn. Siti Norhawati Bt. Ramli

Murid Cikgu Eza

Bakal serikandi negara

Kami Anak Malaysia

Kami anak-anak 1 Malaysia

Persembahan murid - Pantun Kemerdekaan

PK HEM, En. Khairuddin menyampaikan hadiah.

Guru Besar, En. Dzulkifli menyampaikan hadiah.

PK Ko, Pn. Siti Norhawati menyampaikan hadiah.


Persembahan murid