Isnin, 3 Disember 2012

KATA NAFI


 KATA NAFI

i)           Kesilapan penggunaan kata nafi tidak.
Kata nafi tidak digunakan untuk penafian dalam frasa kerja dan frasa adjektif. Contohnya:

SALAH
BETUL
bukan berjaya
bukan bertunang
bukan berusaha
bukan benar
bukan hidup
bukan kaya
bukan kecil
bukan manis
bukan mati
bukan melanggar
bukan membawa
bukan menangkap
bukan mengantuk
bukan miskin
bukan muda
bukan pandai
bukan pergi
bukan rendah
bukan tinggal
bukan tinggi
bukan tua
tidak berjaya
tidak bertunang
tidak berusaha
tidak benar
tidak hidup
tidak kaya
tidak kecil
tidak manis
tidak mati
tidak melanggar
tidak membawa
tidak menangkap
tidak mengantuk
tidak miskin
tidak muda
tidak pandai
tidak pergi
tidak rendah
tidak tinggal
tidak tinggi
tidak tua

ii)      Kesilapan penggunaan kata nafi bukan
Kata nafi bukan digunakan untuk penafian dalam frasa nama dan frasa sendi nama.

SALAH
BETUL
tidak dari Kuantan
tidak di desa
tidak di Subang
tidak doktor
tidak emak mentua
tidak gas
tidak kakak
tidak Kassim
tidak ke Ipoh
tidak kerajaan
tidak ketua kampong
tidak lembu
tidak mahasiswa
tidak oleh ibu
tidak pelajar
tidak tangan
tidak tentang masakan
tidak tentang Perdana Menteri
tidak untuk kekasih
tidak untuk wanita
bukan dari Kuantan
bukan di desa
bukan di Subang
bukan doktor
bukan emak mentua
bukan gas
bukan kakak
bukan Kassim
bukan ke Ipoh
bukan kerajaan
bukan ketua kampong
bukan lembu
bukan mahasiswa
bukan oleh ibu
bukan pelajar
bukan tangan
bukan tentang masakan
bukan tentang Perdana Menteri
bukan untuk kekasih
bukan untuk wanita

KATA PENGUAT


 KATA PENGUAT

1.      Maksud
      Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi untuk   
      menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif.

2.      Jenis: Terdapat 3 jenis kata penguat: 

KATA PENGUAT
CONTOH
a.       penguat hadapan
terlalu, paling, agak
b.      penguat belakang
sekali, benar, nian
c.       penguat bebas
amat, sangat, sungguh

3.      Contoh:
a.       Digunakan di hadapan kata adjektif.
b.       
KATA PENGUAT HADAPAN
CONTOH
terlalu
Baju di pasar raya itu terlalu mahal.
paling
Sambal tumis itu paling sedap.
agak
Jalan di kawasan itu agak bahaya.

c.       Digunakan di belakang kata adjektif

KATA PENGUAT BELAKANG
CONTOH
sekali
Pendapat murid itu baik sekali.
nian
Nyaman nian udara di puncak pusat peranginan tanah tinggi.
benar
Cantik benar rantai mutiara ini.

d.      Digunakan secara bebas sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif.

KATA PENGUAT BEBAS
CONTOH
amat
1.   Kraf tangan itu amat cantik.
2.   Kraf tangan itu cantik amat.
sangat
1.   Beg pakaian yang dibawa oleh Suria sangat berat.
2.   Beg pakaian yang dibawa oleh Suria berat sangat.
sungguh
1.   Kereta yang dipandu oleh Jazeman sungguh laju.
2.   Kereta yang dipandu oleh Jazeman laju sungguh.

  1.  Terdapat juga unsur penguat yang boleh hadir berderetan sebelum kata adjektif. Contohnya, sungguh amat merdu, sungguh kurang sopan, dan terlalu amat pedih.
Contoh:
a.       Suaranya sungguh amat merdu.
b.      Perangainya sungguh kurang sopan.
c.       Kata-katanya terlalu amat pedih.

KATA BILANGAN


KATA BILANGAN
1.         Maksud:
Kata bilangan ialah kata yang digunakan untuk menghitung sesuatu frasa nama : orang, 
binatang, benda atau perkara.

2.         Contoh Kata bilangan
           
Jenis Kata Bilangan
Contohnya

Kata bilangan tentu
1. Menunjukkan bilangan yang tertentu.
2. Boleh diikuti oleh penjodoh bilangan


Satu, dua, tiga, dan seterusnya
Contoh ayat: Dua ekor kambing.

Kata bilangan tak tentu. (Menunjukkan bilangan yang tidak tentu)

Beberapa, segala, seluruh, sekalian, setengah-setengah, dan sebagainya.
Contoh ayat: Segala maklumat akan dikumpulkan.


Kata bilangan pecahan.
(Menunjukkan bilangan berbentuk pecahan)

Suku, setengah, separuh, tiga suku, dan sebagainya.
Contoh ayat: Hanya sepertiga ibu bapa murid tahun enam yang hadir ke majlis itu.


Kata bilangan pisahan.
(Menunjukkan bilangan yang berpisah)

Setiap, tiap-tiap.
Contoh ayat: Setiap orang dikehendaki membayar yuran sekolah dengan segera.


Kata bilangan himpunan.
(Menunjukkan sesuatu bilangan secara himpunan)

Kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh, berminggu-minggu, berbulan-bulan, dan sebagainya.
Contoh ayat: Kebun Pak Abu menghasilkan berpuluh-puluh bakul durian setiap tahun.


Kata bilangan tingkat.
(Menunjukkan giliran atau urutan dalam sesuatu jumlah)

Pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya.
Contoh ayat: Abu mendapat tempat ketiga sahaja dalam peraduan lukisan.



3.         Kesilapan kata bilangan:

            a.  Tidak meletakkan penjodoh bilangan pada kata nama konkrit yang dibilang
                 menggunakan kata bilangan tentu.
SALAH
BETUL

Tiga motosikal itu berjenama Honda.

Tiga buah motosikal itu berjenama Honda.


Dua ribu telur ayam telah direbus untuk majlis kenduri.


Dua ribu biji telur ayam telah direbus untuk majlis kenduri.

Seratus calon telah menghadiri seminar UPSR.

Seratus orang calon telah menghadiri seminar UPSR.


b.  Menggandakan kata nama konkrit yang dibilang dengan kata bilangan tentu yang
     membawa maksud jamak (banyak).
SALAH
BETUL

Tiga puluh meja-meja di dalam bilik darjah kami telah rosak.

Tiga puluh meja di dalam bilik darjah kami telah rosak.


Empat pekerja-pekerja kilang terbunuh dalam kemalangan jalan raya.

Empat pekerja kilang terbunuh dalam kemalangan jalan raya.


Lapan ratus pelancong-pelancong asing diraikan dalam majlis yang gilang-gemilang.


Lapan ratus pelancong asing diraikan dalam majlis yang gilang-gemilang.

c. Menggunakan penjodoh bilangan bagi kata nama konkrit yang dibilang dengan kata
    bilangan tak tentu kecuali kata bilangan tak serupa – beberapa.

SALAH
BETUL

Amran membeli beberapa buku cerita.

Amran membeli beberapa buah buku cerita.
(Tatabahasa Dewan m.s 197)

Para orang peniaga di pasar malam diseru agar mengutamakan kebersihan.

Para peniaga di pasar malam diseru agar mengutamakan kebersihan.


Sesetengah buah bas persiaran beroperasi secara haram.

Sesetengah bas persiaran beroperasi secara haram.


d.  Menggandakan kata nama konkrit yang dibilang dengan kata bilangan tak tentu.
SALAH
BETUL

Kebanyakan guru-guru hadir dalam mesyuarat kurikulum sekolah.

Kebanyakan guru hadir dalam mesyuarat kurikulum sekolah.

Semua surat-surat  telah dihantar kepada para tetamu.

Semua surat  telah dihantar kepada para tetamu.

Sebahagian daripada pekerja-pekerja warga asing masuk ke negara ini secara haram.


Sebahagian daripada pekerja warga asing masuk ke negara ini secara haram.

e.  Menggunakan kata singkatan kata bilangan himpunan dalam ayat.
SALAH
BETUL

Kedua buah pulau di negara ini mempunyai batu karang yang paling cantik di dunia.

Kedua-dua buah pulau di negara ini mempunyai batu karang yang paling cantik di dunia.


Antara kedua tugas, yang manakah lebih mudah?

Antara kedua-dua tugas, yang manakah lebih mudah?


Berbagai isu-isu dibincangkan dalam mesyuarat Persatuan Ibu dan Bapa.

Berbagai-bagai isu dibincangkan dalam mesyuarat Persatuan Ibu dan Bapa.




f.  Tidak meletakkan penjodoh bilangan pada kata nama konkrit yang dibilang dengan kata 
     bilangan himpunan.
SALAH
BETUL

Ketiga-tiga anak Pak Halim menuntut di luar negara.


Ketiga-tiga orang anak Pak Halim menuntut di luar negara.

Beratus-ratus sate dihidangkan untuk pelancong dari Jepun.

Beratus-ratus cucuk sate dihidangkan untuk pelancong dari Jepun.


Beribu-ribu cakera padat tiruan dirampas dalam operasi pihak berkuasa.

Beribu-ribu keping cakera padat tiruan dirampas dalam operasi pihak berkuasa.


g.  Penggunaan kata bilangan tak tentu yang sudah membawa maksud jamak.
SALAH
BETUL

Para-para petugas di pameran buku sedia memberikan bantuan kepada pengunjung.


Para petugas di pameran buku sedia memberikan bantuan kepada pengunjung.

*Para tidak seharusnya digunakan untuk merujuk kepada golongan yang tidak 
   dihormati seperti penjahat, pengganas, pengemis, penagih dan penipu.

h.  Tidak menggunakan kata bilangan himpunan yang betul.
SALAH
BETUL

Berbagai acara diadakan dalam karnival jualan murah.

Berbagai-bagai acara diadakan dalam karnival jualan murah.


Tiap pelanggan yang berkunjung ke restoran itu pasti berpuas hati dengan layanan mesra pekerjanya.

Tiap-tiap pelanggan yang berkunjung ke restoran itu pasti berpuas hati dengan layanan mesra pekerjanya.


i.     Penjodoh bilangan tidak perlu digunakan  untuk menghitung sesuatu kata nama ukuran,
      kata nama waktu dan kata nama abstrak yang tertentu.
Peringatan: Kata nama konkrit yang membawa maksud orang seperti mayat tidak perlu
  didahului oleh penjodoh bilangan.
SALAH
BETUL

Peserta pertandingan pidato diberi masa lima buah minit sahaja.

Peserta pertandingan pidato diberi masa lima minit sahaja.


Beberapa buah bahagian rumah pangsa itu telah retak.

Beberapa  bahagian rumah pangsa itu telah retak.


Tiga orang mayat mangsa lemas dijumpai terdampar di pantai.

Tiga  mayat mangsa lemas dijumpai terdampar di pantai.

           
            j.   Kata bilangan tentu tidak boleh didekatkan dengan kata bilangan.
           
SALAH
BETUL

Harga daging itu lapan setengah ringgit sahaja.

Harga daging itu lapan ringgit setengah sahaja.


Saya menunggu awak sudah dua setengah jam.

Saya menunggu awak sudah dua  jam setengah.