Rabu, 18 September 2013

IKATAN DAN SIMPULAN

PENGENALAN IKATAN DAN SIMPULAN

DEFINISI
            Terdapat 3 definisi yang biasa tentang simpulan dan ikatan  iaitu simpulan (knotting), ikatan (lashing), dan mematikan hujung tali (whipping).

SIMPULAN
            Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Ianya digunakan pada benda-benda yang kecil dan sederhana. Simpulan digunakan pada setiap tempat dan masa seperti di rumah, di hospital, mengikat kasut, bungkusan dan memulakan jahitan.

Contoh-contoh simpulan ialah:-

1.      buku sila.
2.      tindih kasih.
3.      simpul himpit.
4.      lilit dua simpul.
5.      simpul pemukat.

Ikatan

           Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk membuat jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya. Kebiasaannya dalam kegiatan berpengangkap dan kepanduan beberapa ikatan digunakan seperti ikat seraya, ikat serong, ikat silang gunting dan lilit balak.

Mematikan hujung tali
            Mematikan hujung tali ini perlu supaya tali tidak terburai dihujungnya. Kebiasaannya hujung tali dimatikan dengan lilit pemati biasa dan lilit pemati selit.

IKATAN BUKU SILA
            Ikatan Buku Sila digunakan untuk mengikat kain pembalut atau kain anduh, menyambung tali yang sama besar saiznya dan boleh digunakan untuk mematikan sebarang ikatan. Ikatan ini direka agar kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula.

Fungsi
Untuk menyambung 2 tali yang sama saiz.
Untuk Mengikat pembalut segi tiga semasa pertolongan cemas.

Teknik
  i.        Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain.
  ii.     Masukkan hujung A dibawah B.
  iii.   Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawah.

                                   


SIMPULAN TINDIH KASIH

    Simpulan Tindih Kasih digunakan untuk membuat gegelung tali yang tidak terjerut atau mengikat leher binatang supaya tidak terjerut. Jenis ikatan ini juga boleh digunakan dalam kerja-kerja menyelamat seperti menyelamatkan mangsa yang terjatuh ke dalam sungai.

Fungsi

Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.
Untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badan mangsa.

Teknik
 i.       Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan.
ii.    Kemudian, masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut.
iii. Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan kembali ke dalam bulatan tersebut.

                                   


Aktiviti Ikatan dan Simpulan di jalankan pada waktu Kokurikulum S.K. Ayer Hitam pada hari Rabu, 18. 9. 2013 dari jam 2.00 petang hingga 3.15 petang.  Guru dan murid Tahun 4 hingga Tahun 6 terlibat dalam aktiviti ini.
  

Cikgu Shuhaimi menunjuk cara ikatan menggunakan tali
Murid mendengar penerangan dari guru

Ustaz Shahril dan Ustaz Khusyairi membimbing murid 

Ha, lihat ni, buat macam ni

PK Ko, Pn. Siti Norhawati

Cikgu buat dulu, baru tunjukkan pada murid

Camni, kata Ustazah Zailani.

Lihat cikgu buat, kata Cikgu Nor Azira

Dah boleh buat, baru boleh tunjukkan pada murid.

Lihat ni, kata Ustaz Khusyairi

Buat macam ni, kata Cikgu Siti Norhawati

Susahnya nak buat

Macam ni ke, ustaz

Ha, tengok ni, kata Cikgu Nor Azira

2 ulasan:

  1. Tahniah suhaimi, khusyairi dan semua guru unit uniform kerana berjaya melaksanakan aktiviti ikatan dan simpulan....seronok giler..!

    BalasPadam