Khamis, 17 Oktober 2013

LATIHAN PENGGUNAAN VLE

     Latihan penggunaan Virtual Learning Environment (VLE) telah di adakan di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Langkap. Latihan ini telah diadakan pada hari Khamis, 17. 10. 2013 mulai jam 2.00 petang hingga jam 5.00 petang. 
     Latihan ini adalah anjuran Jabatan Pendidikan Perak bersama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak. Setiap sekolah dari Zon 1, menghantar 2 orang murid dan seorang guru pengiring. S.K. Ayer telah menghantar adik Nurul Umairah Bt. Maswari dan Alia Maisara Bt. Roslan serta diiringi oleh Cikgu Shuhaimi. Latihan ini dijalankan di bawah bimbingan En. Azizi B. Khairul Annuar dan En. Roslan B. Aziz sebagai jurulatih.


En. Azizi dan En. Roslan sebagai Jurulatih VLE
Murid menyemak tugasan yang diberikan oleh jurulatih


Murid sedang melayari VLE bersama guru pengiring masing-masing.

Nurul Umairah, Alia Maisara dan Cikgu Shuhaimi
Nurul Umairah dan Alia Maisara sedang
menjawab soalan  yang dijalankan secara online.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan