Isnin, 23 September 2013

LADAP - CHROMEBOOK

     Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) untuk guru-guru SK Ayer Hitam telah diadakan pada hari Isnin, 23.09.2013 mula jam 1.45 petang. LADAP ini adalah untuk melatih guru-guru menggunakan Chromebook yang baru diterima oleh pihak sekolah.     LADAP yang dijalankan adalah menggunakan program 1Bestarinet iaitu Frog VLE. Latihan ini telah dijalankan oleh Guru Bestari SK Ayer Hitam, iaitu En. Shuhaimi B. Shoib, dibantu oleh En. Saiful Nizam B. Abu Bakar, Juruteknik Komputer SK Ayer Hitam. 
     Guru-guru telah menunjukkan minat yang mendalam semasa aktiviti ini dijalankan. Tuan Guru Besar, En. Dzulkifli B. Abdul Rahman  telah sudi hadir semasa latihan ini dijalankan.

Chromebook disimpan di dalam kabinet khas yang dibekalkan.

Guru Besar diberi penerangan oleh Wakil dari PKG Langkap dan Juruteknik YES.

Guru tekun cuba menggunakan chromebook 







Masing-masing sibuk meneroka Frog VLE



Antara Dashboard yang berjaya dihasilkan menggunakan Frog VLE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan