Isnin, 3 Disember 2012

KATA PENGUAT


 KATA PENGUAT

1.      Maksud
      Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi untuk   
      menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif.

2.      Jenis: Terdapat 3 jenis kata penguat: 

KATA PENGUAT
CONTOH
a.       penguat hadapan
terlalu, paling, agak
b.      penguat belakang
sekali, benar, nian
c.       penguat bebas
amat, sangat, sungguh

3.      Contoh:
a.       Digunakan di hadapan kata adjektif.
b.       
KATA PENGUAT HADAPAN
CONTOH
terlalu
Baju di pasar raya itu terlalu mahal.
paling
Sambal tumis itu paling sedap.
agak
Jalan di kawasan itu agak bahaya.

c.       Digunakan di belakang kata adjektif

KATA PENGUAT BELAKANG
CONTOH
sekali
Pendapat murid itu baik sekali.
nian
Nyaman nian udara di puncak pusat peranginan tanah tinggi.
benar
Cantik benar rantai mutiara ini.

d.      Digunakan secara bebas sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif.

KATA PENGUAT BEBAS
CONTOH
amat
1.   Kraf tangan itu amat cantik.
2.   Kraf tangan itu cantik amat.
sangat
1.   Beg pakaian yang dibawa oleh Suria sangat berat.
2.   Beg pakaian yang dibawa oleh Suria berat sangat.
sungguh
1.   Kereta yang dipandu oleh Jazeman sungguh laju.
2.   Kereta yang dipandu oleh Jazeman laju sungguh.

  1.  Terdapat juga unsur penguat yang boleh hadir berderetan sebelum kata adjektif. Contohnya, sungguh amat merdu, sungguh kurang sopan, dan terlalu amat pedih.
Contoh:
a.       Suaranya sungguh amat merdu.
b.      Perangainya sungguh kurang sopan.
c.       Kata-katanya terlalu amat pedih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan