PENGENALAN IKATAN DAN SIMPULAN
DEFINISI
Terdapat
3 definisi yang biasa tentang simpulan dan ikatan iaitu simpulan (knotting), ikatan (lashing),
dan mematikan hujung tali (whipping).
SIMPULAN
Biasanya
simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Ianya digunakan
pada benda-benda yang kecil dan sederhana. Simpulan digunakan pada setiap
tempat dan masa seperti di rumah, di hospital, mengikat kasut, bungkusan dan
memulakan jahitan.
Contoh-contoh simpulan ialah:-
1. buku
sila.
2. tindih
kasih.
3. simpul
himpit.
4. lilit
dua simpul.
5. simpul
pemukat.
Ikatan
Ikatan
digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk membuat jambatan,
tiang bendera, menara dan sebagainya. Kebiasaannya dalam kegiatan berpengangkap
dan kepanduan beberapa ikatan digunakan seperti ikat seraya, ikat serong, ikat
silang gunting dan lilit balak.
Mematikan hujung tali
Mematikan
hujung tali ini perlu supaya tali tidak terburai dihujungnya. Kebiasaannya
hujung tali dimatikan dengan lilit pemati biasa dan lilit pemati selit.
IKATAN BUKU SILA
Ikatan
Buku Sila digunakan untuk mengikat kain pembalut atau kain anduh, menyambung
tali yang sama besar saiznya dan boleh digunakan untuk mematikan sebarang
ikatan. Ikatan ini direka agar kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang
dibuka semula.
Fungsi
Untuk menyambung 2 tali yang sama
saiz.
Untuk Mengikat pembalut segi tiga
semasa pertolongan cemas.
Teknik
i. Letakkan
hujung A dan B di atas satu sama lain.
ii. Masukkan
hujung A dibawah B.
iii. Kemudian,
lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawah.
SIMPULAN TINDIH KASIH
Simpulan
Tindih Kasih digunakan untuk membuat gegelung tali yang tidak terjerut atau
mengikat leher binatang supaya tidak terjerut. Jenis ikatan ini juga boleh
digunakan dalam kerja-kerja menyelamat seperti menyelamatkan mangsa yang
terjatuh ke dalam sungai.
Fungsi
Digunakan untuk membuat tanjul yang
tidak boleh menjerut.
Untuk menyelamat orang dengan
memasukkan tanjul itu keliling badan mangsa.
Teknik
i. Mulakan
ikatan dengan membentuk satu bulatan.
ii. Kemudian,
masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut.
iii. Masukkan
hujung tali ke bawah tali dan masukkan kembali ke dalam bulatan
tersebut.
Aktiviti Ikatan dan Simpulan di jalankan pada waktu Kokurikulum S.K. Ayer Hitam pada hari Rabu, 18. 9. 2013 dari jam 2.00 petang hingga 3.15 petang. Guru dan murid Tahun 4 hingga Tahun 6 terlibat dalam aktiviti ini.
|
Cikgu Shuhaimi menunjuk cara ikatan menggunakan tali |
|
Murid mendengar penerangan dari guru |
|
Ustaz Shahril dan Ustaz Khusyairi membimbing murid |
|
Ha, lihat ni, buat macam ni |
|
PK Ko, Pn. Siti Norhawati |
|
Cikgu buat dulu, baru tunjukkan pada murid |
|
Camni, kata Ustazah Zailani. |
|
Lihat cikgu buat, kata Cikgu Nor Azira |
|
Dah boleh buat, baru boleh tunjukkan pada murid. |
|
Lihat ni, kata Ustaz Khusyairi |
|
Buat macam ni, kata Cikgu Siti Norhawati |
|
Susahnya nak buat |
|
Macam ni ke, ustaz |
|
Ha, tengok ni, kata Cikgu Nor Azira |