Isnin, 25 Mac 2013

JASAMU DIKENANG

Terima kasih diucapkan kepada Ustazah Nurulshuhada Bt. Ali kerana telah mendidik murid SKAHTI. Walaupun hanya berkhidmat sebagai guru sementara menggantikan Pn. Zailani yang cuti bersalin, beliau telah menunjukkan kerjasama yang baik terutama semasa majlis MTQ dijalankan.  Tahniah diucapkan.

Pn. NurulShuhada berucap diperhimpunan pada
hari terakhir beliau bertugas di SKAHTI.

Ustazah Rukiah diiringi Pn. Hasnah menyampaikan
cenderahati kenangan kepada Pn. NurulShuhada.

Rabu, 20 Mac 2013

AKTIVITI KOKURIKULUM

Aktiviti Kokurikulum hari ini 20 Mac 2013 berjalan lancar.  Semua Unit Beruniform yang terlibat telah mengadakan aktiviti yang menarik minat murid yang terlibat.


1. Aktiviti PBSM






2. Aktiviti Puteri Islam


3. Aktiviti Pengakap


4. Aktiviti TKRS





UJIAN AKAR

Ujian Agresif ke arah 'A' Realiti ( AKAR ) telah dijalankan pada 18 dan 19 Mac 2013. Seramai 4 orang murid SKAHTI terlibat dalam ujian ini. Ujian ini adalah anjuran PPD daerah Hilir Perak. Murid yang terlibat ialah Muhamad Aiman Asyraf B. Azlan, Nur Asyikin Bt. Mohtar, Nur Farah Syafiqah Bt. Mohd Shafie dan Nurul Ellysyafiqa Bt. Maswari. En. Shuhaimi B. Shoib dan Cik Haniza Bt. Osman dilantik sebagai pengawas ujian ini.  





Jumaat, 15 Mac 2013

PAMERAN KESIHATAN PERGIGIAN 2013

Klinik Pergigian Langkap telah mengadakan  promosi kesihatan pergigian 2013 di dewan SKAHTI. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah penjagaan gigi, pameran berkaitan gigi, kuiz , dan pemeriksaan gigi.


Guru Besar SK Ayer Hitam, En. Dzulkifli B. Abdul Rahman merasmikan program Pameran Kesihatan Pergigian 2013.
Guru dan kakitangan melihat pameran.
Murid tertarik dengan ceramah yang disampai
kan oleh Dr. V. Amirtharatna.


Murid mendengar ceramah yang disampaikan.

Model kedudukan gigi dalam gusi manusia.
Pameran Gula tersembunyi dalam makanan.
Pemenang hadiah peraduan kuiz.
Murid menjawab soalan kuiz.
Cenderahati dari pihak sekolah disampaikan kepada
Dr. V. Amirtharatna, penceramah  Penjagaan Gigi dari Klinik Pergigian Langkap.
Murid melihat bahan pameran
Marilah lihat pameran.
Dr. V. Amirtharatna sedang memeriksa gigi pelajar sempena promosi
Kesihatan Pergigian 2013, di Bilik Sains SK Ayer Hitam,
Cara memeriksa plak pada gigi.

PERTANDINGAN BOLA JARING

Pertandingan Bola Jaring Kelompok 1 telah diadakan pada 14 Mac 2013, di padang SK Degong, Langkap. Pasukan bola jaring SK Ayer Hitam telah mendapat tempat ketiga . Tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah berusaha bersungguh-sungguh.Tahniah juga buat guru-guru yang telah melatih pasukan ini. Teruskan usaha anda.
Pasukan Bola Jaring SKAHTI bergambar bersama
 Pn. Linawaznah, Pn. Nor Azira, Pn. Ashira dan
Pn. Siti Norhawati ( PK Kokurikulum )









Selasa, 12 Mac 2013

BOLA SEPAK KELOMPOK 1

Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak SKAHTI kerana telah berjaya menjadi naib johan Kelompok 1. Namun begitu pasukan bola sepak SKAHTI telah berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam semua perlawanan dalam kumpulan. Perlawanan ini telah diadakan di padang SJK(T) Ladang Sussex. Tahniah juga diucapkan kepada guru yang telah melatih pasukan ini.

Pasukan Bola Sepak SK Ayer Hitam bergambar bersama
Jurulatih iaitu En. Azizzul dan En. Shahril serta
Pengurus Pasukan En. Shuhaimi.
Sedang bersiap
Aktiviti memanaskan badan


Pengurus pasukan En. Shuhaimi menerima Sijil serta medal sebagai
Naib Johan Kelompok 1.

Ahad, 10 Mac 2013

MERENTAS DESA NEGERI



Tahniah diucapkan kepada dua orang peserta dari SK Ayer Hitam yang telah berjaya membantu pasukan merentas desa Daerah Hilir Perak mencapai kejayaan di peringkat negeri.
Mereka ialah Muhammad Farhan B. Haslam dan Siti Nurhaida Bt. Shahruzi. Pertandingan merentas desa negeri diadakan di Kolej Vokasional Seri Iskandar pada pada 1 dan 2 Mac 2013.

PK Pentadbiran SK Ayer Hitam, Pn. Hjh Zalina BT. Omar Baki menyampaikan pingat  kemenangan kepada Muhammad Farhan
di hadapan perhimpunan untuk memberi semangat kepada
murid lain menyertai aktiviti Ko-kurikulum dan sukan.

Dua pingat untuk Siti Nurhaida

Wakil Merentas Desa Negeri Perak. Tahniah

Siti Nurhaida Bt. Shaharuzi
Pencapaian:-
Berpasukan Negeri          - Johan
Individu Negeri                - Tempat ke-7
Individu Daerah               - Tempat ke-3
Individu Kelompok / Zon - Tempat ke-15

Muhammad Farhan B. Haslam
           Pencapaian :-  
Berpasukan Negeri - Gangsa
 Individu Daerah - Tempat ke-8
              Individu Kelompok / Zon - Tempat ke-2
                      


Selasa, 5 Mac 2013

PERTANDINGAN MTQ 2013

Pertandingan MTQ Zon 1 telah diadakan pada 4 Mac 2013 melibatkan 17 buah sekolah Kelompok 1 dan Kelompok 2. SK Ayer Hitam telah menjadi tuan rumah bahagian perempuan manakala SK Chikus telah menjadi tuan ruah bagi bahagian lelaki.


Peserta SK Ayer Hitam, Muhammad Hakimi B. Jaafar Shah


Peserta sedang menunggu giliran.


Hakim acara bercerita


Peserta perempuan SK Ayer Hitam, Nur Ghanisah Bt. Muhammad.
Nur Ghanisah Bt. Muhammad

Peserta Hafazan SK Ayer Hitam, Nur Farah Syafiqah Bt. Mohamad Shafie
Hakim bahagian Hafazan

Peserta Bahagian Tilawah Nurul Ummairah Bt. Maswari

Peserta Tilawah sedang menunggu giliran


Hakim Bahagian Tilawah