Ahad, 12 Mei 2013

PENANTIAN BERAKHIR


Sekalung penghargaan diucapkan kepada Pasukan Hoki Perempuan Bawah 12 Tahun Hilir Perak, kerana telah menjadi Johan peringkat negeri tahun 2013. Perlawanan yang diadakan di Stadium Hoki, Sultan Azlan Shah telah menamatkan penantian selama 10 tahun.
 Perlawanan akhir yang penuh debaran antara Daerah Hilir Perak dan Daerah Kuala Kangsar telah berakhir dengan pukulan penalti apabila tamat masa perlawanan keputusan seri satu sama. Alhamdulillah keputusan akhir berkesudahan Pasukan Hoki Hilir Perak berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan 3 – 2.
Seramai 9 orang  pelajar SK Ayer Hitam terpilih mewakili pasukan hoki Daerah Hilir Perak. Pelajar SK Ayer Hitam yang terpilih ialah Nur Hidayu , Dian Nursyakira Najwa Al Wadqa , Nur Natasha Balqis, Nabila Irdina, Nur Ghanisah, Nurul Farahin, Nurul Nabila, Nursuhada  dan Siti Khalijah. 
Jurulatih yang terlibat sepenuhnya dalam melatih pasukan hoki dari SK Ayer Hitam ialah Cikgu Wafdi B. Mohd Ramli. Tahniah cikgu.

PK Pentadbiran, Pn. Hjh. Zalina Bt. Omar Baki
mengalungkan medal kepada pemain hoki SK Ayer Hitam.



Dari kiri - Nurul Nabila, Nursuhada, Natasya Balqis, 
               Dian Nur Syakira Najwa Al Waqda, Nurhidayu, 
                            Nur Ghanisah , Siti Khalijah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan