KATA
GANTI NAMA DIRI SINGKAT
1. Maksud:
Kata ganti nama diri yang telah
disingkatkan.
2. Contoh:
Kata Ganti Diri Pertama
|
Penerangan
|
Ayat Contoh
|
kau
|
Asal
daripada kata ‘engkau’. Digunakan pada awal kata yang dirapatkan dengan kata
yang menyertainya.
|
1.
“Surat ini hendaklah kaubaca,” pinta Encik Hazim.
2.
Lukisan yang kaulukis sangat cantik sekali.
|
ku
|
Asal
daripada kata ‘aku’. Digunakan pada awal atau akhir kata yang ditulis rapat.
|
1.
Kata Dina, “Lagu ini kutujukan untuk Shida yang berada
di Johor.”
2.
“Aduh, sakitnya kakiku!” kata Dol.
|
mu
|
Asal
daripada kata ‘kamu’. Digunakan pada akhir kata sahaja.
|
1.
Hasratmu akan aku tunaikan.
2.
“Adikmu pandai menyanyi,” kata Zuraini kepada Syafiqah.
|
nya
|
Asal
daripada kata ganti nama diri ketiga (dia). Digunakan pada akhir kata sahaja.
|
1.
Kakaknya menuntut di luar negara.
2.
Setiap kesalahan akan menerima balasan daripada-Nya.
|
3. Bentuk kesilapan
a.
Tidak ditulis rapat kata ganti nama diri singkatan dengan kata yang
menyertainya.
SALAH
|
BETUL
|
“Warna
apa yang kau minati?” tanya Azim kepada Syafiq.
|
“Warna
apa yang kauminati?” tanya Azim kepada Syafiq.
|
“Kawan
ku
ini berasal dari Sabah,” kata Arif kepada Sayuti.
|
“Kawanku
ini berasal dari Sabah,” kata Arif kepada Sayuti.
|
b.
Tidak boleh menggunakan kata singkatan sebagai subjek ayat.
SALAH
|
BETUL
|
“Mu
berdua tidak bekerja hari ini?” tanya Enzik Azwan.
|
“Kamu
berdua tidak bekerja hari ini?” tanya Enzik Azwan.
|
“Kau
belum mandi lagi, Man?” tanya ibu kepada Rosman.
|
“Engkau
belum mandi lagi, Man?” tanya ibu kepada Rosman.
|
c.
Tidak menggunakan tanda sempang dan huruf besar bagi kata singkatan
berkaitan
dengan
Tuhan.
SALAH
|
BETUL
|
Ya
Allah, aku memohon keampunanmu.
|
Ya
Allah, aku memohon keampunan-Mu.
|
Tuhan
akan sentiasa mengampunkan dosa hambanya.
|
Tuhan
akan sentiasa mengampunkan dosa hamba-Nya.
|